10 Petua membina sifat positif (Dr Tengku Asmadi)
Petua 1 :
Jangkakan Kejayaan Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku.
Oleh
itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak
jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda
pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat
dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap
sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan
kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar
dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam
memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu
anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia. Manusia biasanya
membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan
terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang
anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran,
maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap
perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri
anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.
Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan
untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan
menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.
Petua 2 :
Lakunkan
Watak Orang Cemerlang Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai
kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita
mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani. Cuba
lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah
dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar
kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun
utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan
dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki
melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai
pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan
masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda
mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda
mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah
tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai
pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun
baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun. Kalau anda
berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan
mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda
mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya
mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati
watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya,
percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat
betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda
ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.
Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara
yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda
bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita
semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak
lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda
berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah
seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda
seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang
sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara
aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang.
Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang
diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda
tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain
untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya.
Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya.
Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai
orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan
memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih
tiap-tiap bulan. Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti
mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah,
bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama
kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia
akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda
menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal
anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu
lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan
untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi?
Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan
model ikutan anda.
Petua 3 :
Ubah Penampilan Diri Sikap
positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah
mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya,
pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita
lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap
positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah,
anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda
mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan
berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua
mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher.
Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda,
anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan
anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan
bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya
pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda.
Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan
baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin. Kemas,
bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai
pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia
bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa
asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat
dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa
pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit
untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan
menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang
dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab
itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif.
Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan
pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi
pelanggan dengan penampilan diri begitu. Beberapa perkara yang mesti
diperhatikan dalam membentuk penampilan diri: 1. Potongan rambut -
Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik. 2. Pilihan warna
dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta
'matching'. 3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan
sebagainya. 4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi. 5. Kasut - Kasut
yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat. 6.
Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan
lain-lain. 7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang
mampu. 8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit
dan sebagainya. 9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik
muka. 10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang
terukir. Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan
anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi. Walau siapa anda,
sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui
penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu
melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus
bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga
untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi
seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan
masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan
sebagainya.
Petua 4 :
Berkawan Dengan Orang Berjaya Rasulullah
s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka
kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang
positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang
apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi
pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk
mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan
mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang
berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka. Untuk
berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar
dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka
membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya
selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan.
Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka
berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.
Petua 5 :
Dalami
Ilmu Kecemerlangan Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya
luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar
disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga
diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang
manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda
perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh
mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan
rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah
motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan
bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan
diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.
Petua 6 :
Fokus
Kepada Apa Yang Anda Mahukan Anda sering mendengar bahawa sikap positif
lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang
dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak
dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang
terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran. Sebagai contoh mari kita
lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan
lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa
lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan
sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang
tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai. Baik sekarang saya
tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu?
Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau
tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya
sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak
langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan
bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin
dapat menghasilkannya. Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk
anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang
berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini
untuk menjadi orang berjaya. Fikirkan pula, positifkah anda apabila
anda berkata: - Mulai hari ini aku tidak malas lagi. - Mulai hari ini
aku tidak mahu tinggal solat lagi. - Aku tidak mahu main-main dalam
kelas lagi. - Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi. Positifkah anda?
Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda
negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar
bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda
melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang
tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu
yang negatif sedangkan hasrat anda baik. Oleh sebab itu anda perlu ubah
gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan
anda seperti berikut: - Mulai hari ini aku seorang yang rajin. - Mulai
hari ini aku solat lima waktu. - Aku akan tumpu pada guru dalam kelas. -
Aku ikut cakap ibu bapa. Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang
sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah
gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah
juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan
hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif.
Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup
anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang
positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!
Petua 7 :
Kejayaan
Silam Membarai Diri Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita
mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin
kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita
berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas
pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah
menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai
hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan
senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif,
malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati
semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku
ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan
membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk
kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif. Tidak kira betapa
gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali
anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam. Lakukan perkara
berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda
sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar.
Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan
keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa
yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan
rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap
urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan
kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda. Anda
mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda.
Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja. Satu
tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting
dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video. Setiap kali
anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa –
lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.
Petua 8 :
Saranan
Diri Positif Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda
dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh
gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta
hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan
petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran
dan mengatasi segala masalah. Anda juga boleh cipta sendiri katajaya
itu, misalnya: “Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!” “Setiap
kata-kata pasti akan dikota!” “I’m the best!” “I can do it!” Jadikan
kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap
hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.
Petua 9 :
Soal
Diri Dengan Soalan Positif Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan
kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada
soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya
soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di
mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya.
Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi
ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh
memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak
belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya. Orang
berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya
seperti: - Apa hikmah disebalik ujian Allah ini? - Apa lagi yang boleh
aku buat untuk jadi lebih baik? - Apa yang belum aku selesaikan lagi? -
Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah
kepada aku? - Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara
ini? Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang
berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda.
Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.
Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan
lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering
mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata: -
Nak buat macam mana aku ni lemah. - Engkau lain aku lain. - Engkau
bolehlah aku ni siapa. - Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah.. -
Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah.. - Dah tahu diri tu
bodoh buat apa tunjuk pandai. Soalan yang positif akan: - Megubah
persepsi dan cara fikir kita - Mengubah fokus kita - Memberikan sumber
kekuatan baru kepada kita
Petua 10 :
Dapatkan Model Ikutan
Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan
mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan
terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu
ceburi. Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama
pastilah Nabi Muhammad S.A.W. Selain daripada Nabi s.a.w yang lain
semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak
juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima
pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.
Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka.
Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan
bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan
panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka
mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar
kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang
telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang
sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki
tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini
jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.
Sumber
http://merongz85.blogspot.com
No comments:
Post a Comment